KEUTAMAAN PENGHAFAL QURAN (HAFIDZ)


Allah   telah menjanjikan kelebihan kepada mereka yang menghafal al Quran seperti   yang digambarkan di bawah.

1. MEREKA ADALAH KELUARGA ALLAH SWT.

Sabda   Rasulullah s.a.w:

“Dari   Anas ra. Ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya   Allah itu mempunyai keluarga yang terdiri dari manusia.” Kemudian Anas   berkata lagi, lalu Rasulullah s.a.w bertanya: “Siapakah mereka itu wahai   Rasulullah. Baginda menjawab: “Iaitu ahli Quran (orang yang membaca atau   menghafal Al- Quran dan mengamalkan isinya).Mereka adalah keluarga Allah dan   orang-orang yang istimewa bagi Allah.

2. DI TEMPATKAN SYURGA YANG PALING TINGGI

Sabda   rasulullah s.a.w:

“Dari   Abdullah Bin Amr Bin Al Ash ra dari nabi s.a.w, baginda bersabda; Diakhirat   nanti para ahli Al Quran di perintahkan, “Bacalah dan naiklah kesyurga.   Dan bacalah Al Quran dengan tartil seperti engkau membacanya dengan tartil   pada waktu di dunia. Tempat tinggal mu di syurga berdasarkan ayat paling   akhir yang engkau baca.”

3.  AHLI AL QURAN ADALAH ORANG YANG ARIF DI SYURGA

Sabda   rasulullah s.a.w “Dari Anas ra. Bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda;   “Para pembaca Al Quran itu adalah orang-orang yang arif di antara   penghuni syurga,”

4.  MENGHORMATI  ORANG YANG MENGHAFAL AL QURAN BERERTI MENGAGUNGKAN ALLAH SWT.

Sabda   rasulullah s..a.w “Dari Abu Musa Al Asya’ari ra.ia berkata bahawasanya   Rasulullah s.a.w. bersabda: “Diantara perbuatan mengagungkan Allah   adalah menghormati Orang Islam yang sudah tua, menghormati orang yang   menghafal Al-Quran yang tidak berlebih-lebihan dalam mengamalkan isinya dan   tidak membiarkan Al-Quran tidak di amalkan, serta menghormati kepada penguasa   yang adil.”

5. HATI PENGHAFAL AL-QURAN TIDAK DI SEKSA

Sabda   rasulullah s.a.w.

”   Dari Abdullah Bin Mas’ud ra. Dari nabi s.a.w. baginda bersabda: ”   bacalah Al Quran kerana Allah tidak akan menyeksa hati orang yang hafal   al-quran.

Sesungguhanya   Al -Quran ini adalah hidangan Allah, siapa yang memasukkunya ia akan aman.   Dan barangsiapa yang mencintai Al Quran maka hendaklah ia bergembira.”

6. MEREKA LEBIH BERHAK MENJADI IMAM DALAM SOLAT

Sabda   rasulullah s.a.w. :

“Dari   Ibnu Mas’ud ra. Dari Rasulullah s.a.w. beliau bersabda; “yang menjadi   imam dalam solat suatu kaum hendaknya yang paling pandai membaca Al   Quran.”

7.  DISAYANGI RASULULLAH S.A.W

Sabda   rasulullah s.a.w.:

“Dari   Jabir Bin Abdullah ra. Bahawa nabi s.a.w menyatukan dua orang dari   orang-orang yang gugur dalam perang uhud dalam satu liang lahad.

Kemudian   nabi s.a.w. bertanya, “dari mereka berdua siapakah paling banyak hafal   Al Quran?” apabila ada orang yang dapat menunjukkan kepada salah   satunya, maka nabi s.a.w memasukkan mayat itu terlebih dahulu ke liang   lahad.”

8. DAPAT MEMBERIKAN SYAFAAT KEPADA KELUARGA

Sabda   rasulullah s.a.w.:

“Dari   Ali Bin Abi Thalib Karramallahu Wajhah ia berkata, “Barangsiapamembaca   Al Quran dan menghafalnya, maka Allah akan memasukkannya kedalam syurga dan   memberikannya hak syafaat untuk sepuluh anggota keluarganya di mana mereka   semuanya telah di tetapkan untuk masuk neraka.”

9.  PENGHAFAL AL QURAN AKAN MEMAKAI MAHKOTA KEHORMATAN

Sabda   rasulullah s.a.w.:

“Dari   Abu Hurairah ra.dari nabi s.a.w. baginda bersabda: “orang yang hafal Al   Quran nanti pada hari kiamatnanti akan datang dan Al Quran akan berkata;   “Wahai Tuhan ,pakaikanlah dia dengan pakaian yang baik lagi baru.”   Maka orang tersebut di berikan mahkota kehormatan. Al Quran berkata lagi:

“Wahai   Tuhan tambahlah pakaiannya.” Maka orang itu di beri pakaian   kehormatannya. Al Quran lalu berkata lagi, “Wahai Tuhan, redailah   dia.” Maka kepadanya di katakan; “Bacalah dan naiklah.” Dan   untuk setiap ayat, ia di beri tambahan satu kebajikan.”

10.  HAFAL AL QURAN MERUPAKAN BEKAL YANG PALING BAIK.

Sabda   rasulullah s.a.w.:

“Dari   jabir bin nufair, katanya rasulullah s.a.w. bersabda; “Sesungguhnya kamu   tidak akan kembali menghadap Allah dengan membawa sesuatu yang paling baik   daripada sesuatu yang berasal dari-Nya yaitu Al Quran.

11. ORANG TUA MEMPEROLEHI PAHALA KHUSUS JIKA ANAKNYA PENGHAFAL AL QURAN.

Sabda   rasulullah s.a.w.:

“Dari   Buraidah Al Aslami ra, ia berkata bahawasanya ia mendengar Rasulullah s..a.w   bersabda: “Pada hari kiamat nanti, Al Quran akan menemui penghafalnya   ketika penghafal itu keluar dari kuburnya. Al Quran akan berwujud seseorang   dan ia bertanya kepada penghafalnya: “Apakah anda mengenalku?”.

Penghafal   tadi menjawab; “saya tidak mengenal kamu.” Al Quran berkata;   “saya adalah kawanmu, Al Quran yang membuatmu kehausan di tengah hari   yang panas dan membuatmu tidak tidur pada malam hari. Sesungguhnya setiap   pedagang akan mendapat keuntungan di belakang dagangannya dan kamu pada hari   ini di belakang semua dagangan. Maka penghafal Al Quran tadi di beri   kekuasaan di tangan kanannya dan diberi kekekalan ditangan kirinya, serta di   atas kepalanya dipasang mahkota perkasa. Sedang kedua orang tuanya diberi dua   pakaian baru lagi bagus yang harganya tidak dapat di bayar oleh penghuni   dunia keseluruhannya. Kedua orang tua itu lalu bertanya: “kenapa kami di   beri dengan pakaian begini?”. Kemudian di jawab, “kerana anakmu   hafal Al Quran.”

Kemudian   kepada penghafal Al Quran tadi di perintahkan, “bacalah dan naiklah   ketingkat-tingkat syurga dan kamar-kamarnya.” Maka ia pun terus naik   selagi ia tetap membaca, baik bacaan itu cepat atau perlahan (tartil)

12.  AKAN MENEMPATI TINGKATAN TERTINGGI DI DALAM SYURGA.

Sabda   rasulullah s.a.w.:

“Dari   Sisyah ra ia berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda; jumlah   tingkatan-tingkatan syurga sama dengan jumlah ayat-ayat Al Quran. Maka   tingkatan syurga yang di masuki oleh penghafal Al Quran adalah tingkatan yang   paling atas, dimana tidak ada tingkatan lagi sesudah itu.

Semoga   dengan memahami hal ini, kita semua bisa lebih terpacu untuk bisa menghafal   Al Qur’an setiap harinya, semampu kita.

www.ahmadzainuddin.com

 

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s